Gagal Kutip Hutang, Ahlong Whatsapp Peminjam Video Sedang Bakar Rumah!

SEBUAH video menunjukkan kebakaran di sebuah flat di Singapura, dilakukan seseorang dipercayai lintah darat atau ahlong kini tersebar di Facebook.

Video dikongsikan di Facebook yang menentang aktiviti meminjam wang daripada lintah darat di Singapura itu, memaparkan objek yang telah dicucuh api digunakan untuk memulakan kebakaran di pintu rumah mangsa hinggalah ianya merebak dan keseluruhan pintu akhirnya hangus.

Dapat dilihat, pintu tersebut sebenarnya sudah pun dicat dengan tulisan berwarna hitam sebelum kebakaran tercetus, kemungkinan turut dilakukan ahlong terbabit.

Turut disebarkan bersama video kebakaran adalah salinan pesanan mesej di aplikasi Whatsapp yang dihantar ahlong kepada mangsanya bagi memberi amaran, itulah padah yang diperoleh jika tidak membayar hutang dan cuba menghilangkan diri.

12140688_960473350667771_4808847160898824467_n

Memang menakutkan bila lihat betapa ganas cara puak lintah darat ini memberi tekanan kepada mereka yang tersilap langkah menggunakan khidmat mereka.

Jalan terbaik, jangan sesekali terlibat dengan pinjaman ahlong kerana ‘bunga’ tinggi yang dikenakan tu pasti menjerat leher di kemudian hari. – MYNEWSHUB.CC

(Visited 9 times, 1 visits today)

Comments

comments