Piala Negara Afrika 2017: Mesir tarik diri lobi selepas 19 mati

The Africa Cup of Nations trophyJohannesburg: Mesir menarik diri daripada persaingan menjadi hos Piala Negara Afrika 2017 dua minggu selepas 19 orang mati di luar stadium bola sepak di Kaherah, menurut pegawai semalam.

“Kami memutuskan untuk menarik diri daripada permohonan kami dan akan menyokong Algeria,” kata Menteri Sukan, Khaled Abdel Aziz tanpa memberi alasan mengenai keputusan itu.

Gabon dan Ghana dua lagi calon bagi menggantikan Libya yang dilanda rusuhan sebagai tuan rumah.


Tindakan Mesir menyusuli 19 kematian itu apabila polis dan penyokong bola sepak bertempur sebelum perlawanan dua pasukan teratas liga, Zamalek dan ENPPI.

Semua perlawanan bola sepak domestik digantung sementara oleh pihak berkuasa selepas tragedi itu.

Lebih 70 penyokong bola sepak mati di Pelabuhan Said tiga tahun lalu selepas perlawanan liga antara kelab tempatan Al Masry dan kelab gergasi Mesir serta Afrika, Al Ahly. – AFP

(Visited 2 times, 1 visits today)

Comments

comments