Pegawai tiket Piala Dunia ditahan disyaki jual tiket haram

ray_1RIO DE JANEIRO: Polis hari ini menahan seorang pengarah syarikat rakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang mengendalikan pakej tiket kerana disyaki mengetuai rangkaian penjualan pas perlawanan secara haram.

Ray Whelan, Pengarah Match Hospitality ditahan di Hotel Copacabana Palace, di sini selepas 11 orang diberkas dalam serbuan bagi melumpuhkan rangkaian berkenaan.

Ketua Penyiasat kes itu, Fabio Barucke berkata, Whelan berdepan tuduhan memudahcara pengedaran tiket bagi jualan haram dan konspirasi jenayah. Jika didapati bersalah, beliau berdepan hukuman penjara empat tahun.

Media tempatan melaporkan Whelan, 64, adalah rakyat Britain.

Kira-kira 100 keping tiket dijumpai dalam bilik hotelnya.

Penahanan itu dibuat menjelang perlawanan separuh akhir di antara Brazil dan Jerman di Belo Horizonte manakala Argentina akan menentang Belanda di Sao Paulo. – AFP

(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,