Bekas Pemain Sunderland Jadi Pencuci Lantai

kevinBEKAS pemain Sunderland dan penyerang Scotland, Kevin Kyle kini menyara keluarga dengan berkerja sebagai penjaga setor sebuah kapal di Pulau Shetland.

Kyle yang mempunyai 10 kap bersama skuad kebangsaan Scotland meninggalkan kelab terakhirnya Ayr United awal tahun ini dan berkerja selama 12 jam setiap shif.

Selain menjaga setor, Kyle juga ditugaskan sebagai pencuci lantai demi meraih pendapatan sebanyak £800 sebulan.

article-2695617-1FB64D0B00000578-243_634x585

Ketika menjadi pemain bola sepak secara profesional, Kyle pernah menerima gaji setinggi £10,000 seminggu.

Beliau terpaksa mencari pekerjaan kerana 6 bulan tidak mempunyai kelab baru.

Keadaan itu menimpa Kyle ekoran sikapnya yang gemar berjudi sehingga gagal menyimpan wang untuk masa depan keluarga.

(Visited 7 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,