Wanita didakwa musnahkan karavan jiran dengan helah licik

met_AnaMoretaFolch050814Florida: Ana Maria Moreta Folch (gambar) mahu sebuah karavan dan tangki septik yang ada berhampiran rumahnya di St Johns dimusnahkan.

Justeru dia menghubungi sebuah syarikat pembersihan dan memaklumkan niatnya.

Selepas menunjukkan kunci karavan berkenaan dan mendakwa ia tidak dihuni sesiapa, pekerja syarikat itu menjalankan tugasnya.

Semuanya berjalan lancar sehinggalah terbongkar rahsia bahawa karavan berkenaan bukan milik Ana Maria, sebaliknya dipunyai jirannya.

Pemilik sebenar karavan itu, Maria Gottfried terkejut apabila melihat ia dimusnahkan dan segera menghubungi pihak berkuasa.

Apabila sheriff tempatan tiba, Maria menjelaskan karavan itu dimilikinya sejak 2006 dan tidak pernah menyerahkan kunci kepada Ana Maria.

Ana Maria pula berkata, karavan itu dimusnahkan kerana “penghuninya tidak dikehendaki” di situ dan mengesyaki mereka bertanggungjawab memecah keretanya – Agensi

(Visited 9 times, 1 visits today)

Comments

comments

,