Banduan bintang bola Brazil dibenar wakili kelab

Rio de Janeiro: Bintang bola sepak Brazil yang dijatuhkan hukuman penjara 22 tahun selepas didapati bersalah mengarahkan penculikan dan pembunuhan teman wanitanya, dibenarkan keluar untuk bermain bagi pasukan yang diwakilinya.

Bruno Fernandes de Souza, 28, mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan pada Mac tahun lalu selepas bekas teman wanitanya, Eliza Samudio dibunuh dan dikerat sebelum diberi makan kepada anjing peliharaannya.

Walaupun mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara, penjaga gol itu dibenarkan menandatangani kontrak selama lima tahun bersama pasukan Montes Claros dari Campeonato Mineiro lapor media tempatan.

Ini bermakna Bruno dibenarkan keluar dari penjara dengan kawalan polis pada hari latihan dan perlawanan bersama pasukannya.

Kekasihnya yang dibunuh

Namun, sebelum kontrak itu disahkan dan harinya ditetapkan, ia perlu mendapat kebenaran hakim terlebih dulu.

Bekas ketua pasukan Flamengo itu dikatakan mahu bekas pasangannya itu mati supaya tidak perlu menyara anak yang dilahirkan.

Bruno juga didakwa melihat bekas teman wanitanya itu diseksa dan kemudian membantu memotong mayat mangsa.

Tubuh wanita itu didakwa dikerat dan diberi makan kepada anjing peliharaan Bruno.

Bruno yang disebut bakal mewakili Brazil dalam Piala Dunia tahun ini dijatuhkan hukuman penjara selama 22 tahun untuk kes itu.

Presiden kelab Montes Claros, Ville Mocellin mengesahkan keputusan kontroversi membenarkan Bruno menandatangani kontrak ketika dia di dalam penjara.

“Kita beri peluang kepadannya untuk kembali bermain. Pada pandangan kelab, dia pemain yang boleh menguatkan pasukan,” katanya.- Agensi

(Visited 5 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,