Sentuhan Forkey Doe ditagih

PENYERANG berbisa Selangor, Francis Forkey Doe akan kembali dalam kesebelasan utama bagi merobek kubu Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

Pemenang anugerah Kasut Emas Liga Super musim lalu itu yang sebelum ini dibelenggu masalah kecederaan, dijangka kembali bergandingan bersama ‘kuda tua’ Gergasi Merah, Mohd. Amri Yahyah.

Menyedari saingan memburu trofi Liga Super cukup sengit musim ini, barisan pemain Selangor perlu memberikan yang terbaik bagi membawa pulang tiga mata berharga malam ini.

“Jika mahu mengejar pasukan di tangga teratas, kami tidak lagi boleh keciciran mata dalam baki lapan perlawanan.

“Kejayaan mara ke pusingan kedua Piala AFC juga dijadikan penyuntik semangat buat pemain ketika berdepan Pahang kela,” kata jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim.

Namun pada masa sama, Irfan tidak mahu anak-anak buahnya leka dalam perlawanan itu biarpun Tok Gajah dilihat tempang tanpa sentuhan penyerang import baharu, Martias Conti yang dibelenggu kecederaan.

“Pahang masih pasukan yang kuat meskipun kehilangan Conti.

“Mereka masih memiliki beberapa pemain yang berkualiti seperti Fauzi Roslan dan Azamuddin Akil.
“Jadi kami perlu kekal berwaspada dan memberikan yang terbaik dalam perlawanan itu nanti,” katanya.

Saksikan perlawanan ini secara live stream di sini.

(Visited 8 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,