Perbuatan khianat, 9 kenderaan dibakar

Ampang: “Saya dan anak sempat tarik beberapa motosikal kerana bimbang lebih banyak yang terbakar,” kata Ramli Mohd, 44, saksi kejadian dua kereta dan tujuh motosikal terbakar di tempat letak kenderaan di Blok D Pangsapuri Sri Nilam, Bandar Baru Ampang, di sini, semalam.

Kejadian jam 3 pagi itu turut menyebabkan beberapa rumah di tingkat atas tempat letak kenderaan itu rosak terkena asap tebal.

Ramli bekerja sebagai juruteknik berkata, beliau menyedari kejadian itu selepas mendengar jeritan seorang lelaki warga asing memberitahu ada kebakaran.

“Ketika itu saya tidur di rumah saya tingkat 8 Blok F dan mendengar jeritan memaklumkan ada kebakaran. Selepas menjenguk ke luar rumah. Saya nampak api marak di tempat letak motosikal blok depan.

“Saya dan anak lelaki berusia 18 tahun meluru turun ke bawah untuk menyelamatkan motosikal saya yang turut diletakkan di situ, selain cuba menyelamatkan beberapa motosikal lain,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

(Visited 6 times, 1 visits today)

Comments

comments