Forkey Doe berehat sebulan

Selangor yang berharap untuk bangkit dari kekalahan Piala FA kepada Darul Takzim kini ditimpa malang selepas Forkey Doe tepaksa dikecualikan selama sebulan.

Penyerang dari Liberia itu telah mengalami kecederaan buku lali semasa cuba membuat hantaran kepada Amri Yahyah dalam kotak penalti Darul Takzim pada separuh masa pertama.

Dia kini kemungkinan tidak dapat beraksi dalam enam hingga tujuh perlawanan.

Jurulatih Selangor, Irfan Bakti akui ketiadaan Doe akan memberi kesan kepada Selangor dalam saingan Liga Super dan Piala AFC.

Katanya kepada Timesport: “Doe adalah satu-satunya penyerang yang kami milki yang mampu mengawal bola dengan baik di hadapan gol dan juga mencipta peluang. Ini bukan masa yang baik untuk Selangor kehilangan pemain sepertinya.”

“Saya perlu mengurus semula barisan pemain untuk perlawanan yang akan datang. Doe akan terlepas enam atau tujuh perlawanan.” tambahnya.

Selangor telah mendahului 2-1 pada perlawanan pertama suku akhir Piala FA dan Mahalli Jasuli telah meletakkan Red Giants di hadapan pada minit ke-28 di Stadium Shah Alam.

Namun penyerang import baru Darul Takzim, Leonel Nunez berjaya menyamakan kedudukan selepas itu.

Irfan akui ketiadaan Doe telah memberi kesan kepada Selangor dalam perlawanan itu.
“Ketiadaan Doe memang memberi kesan kepada keputusan perlawanan tetapi kami boleh menang jika pemain kami tidak terlalu ambil mudah.”

Sementara itu, Selangor juga dikhabarkan akan mengikat pemain pertahanan import yang baru hari ini dan Peter Chrappan akan kekal untuk saingan Piala AFC. [Foxsports]

(Visited 2 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,