Potong kemaluan bapa sebelum potong kemaluan sendiri

DUNGUN – Akibat terpengaruh dengan ajaran sesat yang dipelajari menerusi internet, seorang anak sanggup memotong kemaluan bapanya sebelum bertindak memotong kemaluannya sendiri di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya, di sini awal hari ini.

Seperti dirasuk hantu apabila bertindak menghentak kepala dan muka ke lantai kayu serta memijak badan sebelum memotong kemaluan bapanya, di Ketengah Jaya, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian awal pagi itu, suspek yang berusia 40 tahun dan bekerja sebagai penyelia kilang di Balakong, Selangor dikatakan memotong kemaluannya selepas melihat bapanya berusia 67 tahun yang juga bilal masjid berlumuran darah menahan kesakitan.

Suspek turut bertindak memaksa abang iparnya memotong kemaluan sendiri namun lelaki tersebut berjaya melarikan diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata, suspek yang menetap di Balakong, Selangor pada mulanya pulang untuk bercuti bersama keluarganya di kampung sejak minggu lepas.

Bapa suspek

Namun selepas lima hari bercuti di kampung, suspek mengambil keputusan menghubungi ahli keluarganya yang lain untuk berkumpul di rumah tersebut bagi menyampaikan ‘amanat’ yang mustahak.

“Ketika sebahagian ahli keluarga berkumpul sejak petang semalam, suspek mula berkongsi dan berceramah mengenai ajaran sesat yang dipelajarinya dengan mengatakan dunia akan kiamat pada Jumaat.

Bagaimanapun suspek tidak memberikan tarikh sebenar hari kiamat seperti yang didakwa berlaku.

Bapa suspek yang parah dipotong kemaluan

“Suspek kemudiannya secara tiba-tiba bertindak agresif dengan merotan dan memukul bapanya bagi membuatkan warga emas itu menangis untuk ‘mengeluarkan semangat Imam Nawawi’ daripada badan bapanya, namun gagal,” kata Manoharan ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Manoharan berkata setelah gagal membuatkan bapa menangis, suspek meminta sebilah pisau dari abang iparnya sebelum meluru masuk ke bilik tidur bapanya dan bertindak memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluannya sendiri.

Suspek yang memotong kemaluan sendiri

Akibat kejadian itu, suspek dan mangsa yang berusia 67 tahun terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini akibat mengalami pendarahan yang banyak.

Beliau berkata suspek dan mangsa kini masih berada dalam keadaan kritikal dan pihak hospital sedang berusaha untuk menyambung semula kemaluan dua beranak itu yang terputus.

Suspek

“Justeru, kita percaya suspek terpengaruh dengan ilmu sesat yang dipelajari menerusi internet hasil siasatan yang dijalankan,” katanya.

Kes disiasat di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Cerita ibu suspek pula yang ingin dikenali sebagai Semah, 66, berkata, ketika kejadian dia dan suaminya sedang tidur di dalam bilik manakala anaknya itu yang belum tidur berada di ruang tamu.

Katanya, dia kemudian tersedar apabila terdengar suaminya bangkit dari tidur untuk ke bilik air dan selepas itu lelap semula sebelum dikejutkan bunyi bising di dalam biliknya dan mendapati anaknya sedang memukul bapanya.

“Saya terkejut melihat anak saya menghentak kepala dan muka ayahnya bertalu-talu ke lantai dan memijak badan sebelum keluar dari bilik tidur saya.

“Anak saya itu kemudian masuk semula ke dalam bilik dengan membawa sebilah pisau lalu menyelak kain sarung yang dipakai bapanya dan bertindak memotong kemaluan suami saya hingga putus.

“Sejurus kemudian anak saya pula bertindak memotong kemaluannya hingga putus dan saya tidak mampu menghalang perbuatannya kecuali mengucap sambil berdoa agar umur suami dipanjangkan,” katanya ketika ditemui di Hospital Dungun.

Sementara itu, isteri suspek yang hanya mahu dikenali sebagai Suzi, 33, berkata suaminya mula menunjukkan perubahan sejak dua bulan lalu.

Namun beliau tidak mengsyaki sesuatu yang pelik dan hanya menyangka suaminya ingin berubah dan mendekatkan diri kepada Tuhan.

“Suami telah balik ke kampung sejak lima hari lalu dan dia ada mengajak saya pulang namun saya kata tidak dapat pulang bersamanya kerana anak masih bersekolah.

“Saya tiba di kampung suami kira-kira pukul 5 pagi tadi dan terkejut ketika sampai ahli keluarga menyuruh segera ke Hospital Dungun sebelum mendapati suami dan ayah mertua saya cedera,” katanya ketika ditemui di hospital.

Sementara itu, Suspek yang memotong kemaluan bapa sebelum bertindak memotong kemaluannya sendiri disifatkan sebagai seorang yang mesra dan sentiasa menghormati orang tua.

Jirannya, Musa Mohamad, 61, berkata, walaupun suspek tidak tinggal di kampung tetapi dia sering berkunjung ke rumahnya setiap kali pulang menziarahi keluarganya termasuk hari raya.

“Saya kenal keluarga mereka sudah lama iaitu sejak kecil lagi, malah bapanya adalah kawan baik saya. Tak sangka perkara ini akan berlaku namun saya bersyukur kerana kedua-dua mereka selamat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya di sini.

Dalam kejadian awal pagi tadi, suspek dikatakan memotong kemaluan bapanya dengan sebilah pisau kononnya untuk membuatkan bapanya menangis dalam usaha mengeluarkan semangat ‘Imam Nawawi’ daripada badan mangsa itu.

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,