Man Utd dan Chelsea berebut Son Heung-Min

LONDON – Manchester United dan Chelsea kini dalam perebutan untuk menyambar pemain Korea Selatan, Son Heung-Min dari kelab Hamburg.

Penyerang muda itu berjaya memikat hati United selepas pengurusnya, Alex Ferguson bersedia membelinya dengan harga sekitar £10 juta (RM48 juta) pada musim panas ini.

Pengendali sementara Chelsea, Rafael Benitez juga berminat untuk membawa pemain Asia yang dikhabarkan mempunyai kemahiran seperti Cristiano Ronaldo itu ke dalam skuad The Blues.

Heung-Min, 20, mula menjadi pemain utama dalam skuad kebangsaan Korea Selatan sejak membuat penampilan sulungnya tiga tahun lepas.

Jurulatih Hamburg, Thorsten Fink amat mengharapkan kebolehan Heung-Min dalam skuadnya dan pemain itu juga telah menjaringkan purata satu gol dalam tiga penampilan di Eropah setakat ini.

Heung-Min berkebolehan bermain di banyak posisi, malah juga boleh beraksi sebagai perancang serangan.

Dengan kelebihan fizikalnya yang tinggi, dia sudah pasti mampu memperkuatkan jentera serangan mana-mana pasukan. – Agensi

(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , , ,