Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Wanita Arab Saudi diawasi menerusi sistem elektronik

RIYADH – Wanita-wanita di Arab Saudi diawasi menerusi sistem pemantau elektronik yang mengesan pergerakan mereka melepasi sempadan.

Sejak minggu lalu, golongan lelaki yang menjadi penjaga wanita menerima mesej pesanan menerusi telefon daripada pihak berkuasa.

Mesej itu memberitahu bahawa wanita yang berada di bawah jagaan mereka telah menyeberangi sempadan.

“Pihak berkuasa menggunakan teknologi untuk memantau wanita,” kata seorang kolumnis, Badriya al-Bishr.

Wanita-wanita di negara ini tidak dibenarkan untuk meninggalkan Arab Saudi tanpa mendapat kebenaran daripada penjaga mereka.

Para penjaga itu yang terdiri daripada suami, abang atau saudara mereka perlu menandatangani ‘borang kuning’ bagi membenarkan golongan Hawa keluar dari negara ini.

Bagaimanapun, tindakan pihak berkuasa itu dikritik di laman Twitter.

“Kenapa anda tidak ‘menggari’ wanita anda dengan menggunakan gelang pengesan di kaki?’ soal seorang pengguna di laman tersebut. – Agensi

Comments

comments