Wanita mengaku menghendap Cotillard

NEW YORK – Seorang wanita, Teresa Yuan mengaku bersalah menghendap aktres Marion Cotillard (gambar) yang pernah membintangi filem Batman, The Dark Knight Rises.

Yuan membuat pengakuan itu di sebuah mahkamah persekutuan di Brooklyn di sini kelmarin.

Pihak pendakwa raya menyatakan Yuan telah menghantar sebanyak 504 e-mel dan 120 rakaman video kepada sebuah laman web untuk para peminat Cotillard selama empat hari pada tahun lalu.

Sebahagian rakaman video yang disiarkan di mahkamah itu menunjukkan Yuan kelihatan berada dalam keadaan separuh bogel, berdesis seperti seekor kucing dan bercakap tentang permainan pistol.

Yuan boleh dihukum penjara sehingga 16 bulan. Hakim akan memutuskan hukuman terhadapnya. – Agensi

(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments

,