‘Sharbinee tak bohong’

Ujian poligraf SPRM tunjuk bukti penjaga gol Terengganu tidak atur perlawanan

Putrajaya: Keputusan ujian poligraf (pengesan pembohongan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli bercakap benar, sekali gus membuktikan dia tidak mengatur perlawanan ketika pasukannya seri 1-1 dengan Kedah pada aksi Piala Malaysia, pada 1 September lalu.

Menurut sumber, ujian poligraf yang dijalankan terhadap Sharbinee di Kuala Lumpur pada 7 September lalu adalah negatif. “Keputusan ujian poligraf terhadap penjaga gol Terengganu berusia 25 tahun itu sudah keluar beberapa hari lalu dan kita dapati dia bercakap benar,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

(Visited 3 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,