Sharbinee bersih – SPRM

PENJAGA gol Terengganu, Mohd. Shar- binee Allawee Ramlie bebas daripada dakwaan ‘menjual perlawanan’ ketika melakukan kesilapan semasa skuad Penyu menentang Kedah dalam saingan Piala Malaysia pada 1 September lalu.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Terengganu, Md. Yusoff Md. Zin berkata, hasil siasatan yang telah dijalankan mendapati tidak wujud sebarang bukti atau dokumen menunjukkan kewujudan unsur rasuah dalam perlawanan tersebut.

“Sepanjang siasatan dijalankan, SPRM telah memanggil beberapa orang saksi untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan bagi membantu siasatan.

“Dalam pada itu, ujian poligrafi yang turut dijalankan menunjukkan tiada tindak balas signifikan (No Significant Reactions) yang boleh mengaitkan perlakuan rasuah seperti didakwa,” katanya.

Md. Yusoff menambah, ketika rakaman ujian poligrafi dijalankan, keputusan diperoleh menunjukkan Sharbinee bercakap benar kepada soalan-soalan yang dikemukakan.

Katanya, SPRM telah menjalankan siasatan bagi kes tersebut mengikut bidang kuasa seperti mana diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan siasatan dijalankan adalah bebas, telus dan profesional.

Skuad Terengganu mula diselubungi kemelut dalaman apabila dua pemain tonggak, Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi dikatakan mempunyai masalah disiplin, sekali gus disingkirkan oleh jurula- tih Peter James Butler daripada pasukan itu.

Belum reda dengan isu itu, sekali lagi skuad Terengganu dilanda masalah apabila Sharbinee dikatakan melepaskan gol mudah dan menyaksikan pasukan itu sekadar seri 1-1 dengan Kedah.

(Visited 8 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,