Man Utd dikecewakan di laman sendiri

Tottenham Hotspur mencatat kemenangan pertama di Old Trafford sejak 1989 selepas menewaskan Manchester United 3-2.


Aksi hambar pasukan tuan rumah telah menyebabkan mereka kehilangan tiga mata walaupun cuba bangkit pada separuh masa kedua.

Setelah mendahului 2-0 pada separuh masa pertama, Spurs kelihatan akan menang mudah sehingga tiga gol dijaringkan kedua-dua pasukan dalam masa tiga minit – dimana gol terkahir dijaringkan oleh Clint Dempsey.
Jan Vertoghen dan Gareth Bale meletakkan Spurs 2-0 di hadapan pada babak pertama.

Clint Dempsey kemudian menjaringkan gol ketiga Spurs untuk mengekalkan Spurs di hadapan selepas Nani menjaringkan gol pertama United dan sebelum Shinji Kagawa menjaringkan gol seterusnya.

Keputusan perlawanan ini menamatkan salah satu rekod tanpa kalah bola sepak England paling lama dan juga membangkitkan lagi persoalan tentang kemampuan United menjuarai semula Liga memandangkan mereka kini telah keciciran mata.

Beberapa keputusan kontroversi yang tidak menyebelahi pasukan tuan rumah seperti sepakan penalti tidak diberikan kerana bola terkena tangan di kotak penalti juga memberi impak kekalahan di tempat sendiri.

Sir Alex Ferguson mungkin harus mengkaji semula bahagian tengah pasukannya yang telah memberi banyak ruang dan peluang untuk pihak lawan.

Paul Scholes telah diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan setelah Antonio Valencia tidak dapat beraksi kerana mengalami kecederaan semasa latihan minggu ini.

Wayne Rooney yang cedera telah pulih dan telah masuk menggantikan Ryan Giggs pada separuh masa kedua.

Selepas kedudukan 3-2 di Old Trafford, Spurs memilih untuk bertahan di kubu mereka sementara United terus mengasak bertubi-tubi untuk mendapatkan sekurang-kurangnya gol penyamaan.

Namun, usaha dan percubaan dari Robin Van Persie, Rooney dan Scholes tidak berhasil dan United terpaksa akur dengan kekalahan kedua mereka musim ini.

Highlight

(Visited 5 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,