Chelsea unggul di Emirates

LONDON – Chelsea mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Perdana England selepas menewaskan Arsenal 2-1 di Stadium Emirates semalam.

Kemenangan skuad The Blues hadir hasil jaringan penyerang Sepanyol, Fernando Torres dan pemain tengah, Juan Mata, masing-masing pada minit ke-19 dan 53.

Gol sagu hati skuad The Gunners pula dijaringkan oleh penyerang antarabangsa Ivory Coast, Gervinho pada minit ke-40.

Dengan kemenangan itu, Chelsea yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam enam perlawanan liga setakat ini mengumpul 16 mata manakala Arsenal kekal dengan sembilan mata.

Pengurus Chelsea, Roberto di Matteo memuji kapten The Blues, John Terry yang dilihat mempamerkan aksi mantap meskipun diejek penyokong Arsenal sepanjang perlawanan tersebut.

Terry diberi layanan ‘dingin’ selepas didapati bersalah oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England Khamis lalu kerana mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman kepada pemain pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand.

“Ia merupakan satu cabaran paling sukar menentang sebuah pasukan berkualiti seperti Arsenal.
“Torres mempamerkan aksi yang hebat. Ia juga satu keputusan yang tepat untuk menyenaraikan Terry kerana dia sekali lagi menunjukkan karakter seorang pemimpin.

“Kami berjaya memberikan tekanan kepada Arsenal dan tidak membenarkan mereka untuk mendapatkan rentak.

“Kami juga memiliki salah seorang penjaga gol terbaik di dunia (Petr Cech) yang berjaya menyelamatkan dua percubaan bahaya Arsenal,” ujar di Matteo – AFP

Highlight

(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments

, , ,