Ariel Peterpan Bakal Bebas 23 Julai & Luna Maya Kini Ada Kekasih Baru?

Tidak pernah habis gossip tentang pasangan selebriti sensasi dalam dunia hiburan Indonesia ini. Luna Maya kini khabar’nya sudah bertemu pengganti Ariel Peterpan.

Khabar dari penjara sudah mengesahkan yang Ariel Peterpan akan di’bebaskan dengan syarat pada 23 Julai 2012 ini jauh lebih awal daripada hukuman yang sepatutnya.

Itu perkara biasa terjadi kepada tahanan penjara jika mereka berkelakuan baik tetapi kita di’sini ingin bercerita tentang Luna Maya yang kini semakin kabur status’nya bersama Ariel.

Luna Maya kini di’khabarkan semakin akrab dengan seorang pengusaha cafe di kawasan Kemang, Jakarta dan beliau di’katakan banyak menghabiskan masa di cafe berkenaan.

Pelakon wanita popular Indonesia ini di’katakan menghabiskan masa yang lama berbual mesra dan lagak seperti pasangan kekasih bersama jejaka yang di’percayai pengganti Ariel.

Hubungan Luna Maya & Ariel Peterpan sebenarnya tidak pernah sepi walaupun lelaki itu pernah berkahwin dan mereka kembali menjalin hubungan selepas Ariel bercerai.

Peminat hiburan kini sedang menanti apakah yang akan berlaku sejurus pembebasan Ariel Peterpan daripada hukuman penjara. Adakah Luna Maya akan terus setia atau sebaliknya?

(Visited 28 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,