Pengasas Facebook kahwin

PALO ALTO: Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg mengemaskinikan statusnya kepada ‘berkahwin,’ semalam.

Zuckerberg dan Priscilla Chan, 27, melangsungkan perkahwinan di satu majlis kecil-kecilan di Palo Alto, California, mengakhiri minggu yang sibuk bagi pasangan itu.

Dan pasangan berkenaan mengumumkan perkahwinan mereka dengan cara yang mengejutkan, iaitu dengan menyatakannya dalam mesej di Facebook.

Zuckerberg menyenaraikan syarikatnya itu di Wall Street Jumaat lalu yang menyaksikan nilai rangkaian sosial berkenaan melonjak kepada AS$104 bilion (RM312 bilion) Priscilla, menamatkan pengajiannya di sekolah perubatan di Universiti California, San Francisco Isnin lalu, hari yang sama Zuckerberg menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28.

Mereka berkenalan di Harvard dan sudah bersama sejak lebih sembilan tahun lalu.

Satu sumber di majlis itu berkata, Zuckerberg mereka sendiri cincin perkahwinannya. Majlis berlangsung di laman belakang kediaman Zuckerberg dengan dihadiri tidak sampai 100 tetamu, termasuk Ketua Pegawai Operasi Facebook, Sheryl Sandberg.

Semua jemputan menjangka mereka datang untuk meraikan graduasi Priscilla. Mereka hanya diberitahu mengenai acara sebenar selepas tiba.

“Semua tetamu terkejut,” kata sumber itu.

(Visited 5 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,